Friday, December 21, 2012

Ribut matahari bukan kiamat




BANYAK ramalan menyebut 2012 merupakan tahun berlakunya kiamat. Teori kemusnahan alam semesta kaum Maya telah dipopularkan menerusi filem 2012 hinggakan filem tahun 2009 itu meraih kutipan global sebanyak AS$769 juta (RM2.3 bilion).
Nostradamus, si peramal tersohor Perancis turut menamakan 2012 sebagai tahun kemusnahan planet-planet, manakala para ahli astrologi China dari Dinasti Chang mengatakan akan berlaku bencana besar tahun ini.
Oleh kerana itu, apabila saintis menjangkakan fenomena ribut matahari terjadi pada pertengahan 2012 hingga 2013, mitos kiamat yang dicanangkan sebelum ini terasa bagaikan semakin hampir.
Dalam ilmu astrologi, matahari merupakan bintang yang terletak paling dekat dengan bumi iaitu sejauh 149 juta kilometer. Ia mempunyai suhu teras 15 juta darjah Celcius dan telah terbentuk lebih 5,000 juta tahun yang lalu.
"Ribut matahari berlaku akibat peningkatan suhu matahari daripada kadar normal. Suhu panas itu menyebabkan ia mengeluarkan gas yang sebahagiannya akan masuk semula ke dalam matahari.

ANDAIAN bumi akan musnah pada 2012 mitos semata-mata.



"Bagaimanapun, sebahagian gas itu berlegar di ruang angkasa dan memasuki atmofera bumi. Fenomena itulah yang digelar ribut matahari," kata seorang pakar astronomi tempatan, Shahrin Ahmad.
Namun, beliau berpendapat ribut matahari tidak akan memusnahkan bumi. Malah, kejadian ribut matahari sampai ke bumi jarang berlaku kerana ia dihalang oleh lapisan atmosfera dan medan magnet bumi.
Kesan
"Ribut itu akan termusnah sendiri sebelum sampai ke daratan. Tetapi jika ia menembusi lapisan atmosfera dan medan magnet bumi dengan saiz dua atau tiga kali ganda melebihi saiz bumi, kerosakan besar boleh berlaku.
"Apa pun, ia terhad kepada kerosakan peralatan elektrik dan sistem telekomunikasi seperti satelit, sistem penerbangan dan Internet," kata Shahrin.
RIBUT matahari berlaku disebabkan bintang itu menjadi lebih panas berbanding suhu biasa iaitu 15 juta darjah Celcius.


Beliau memberitahu, kesan ribut matahari pernah dirasai di bumi pada tahun 1859. Akibatnya, sistem telegraf di Amerika Syarikat dan negara Eropah lumpuh sama sekali.
"Peristiwa itu dinamakan Carrington Event. Begitupun, kejadian itu kini boleh dielakkan dengan dua satelit peninjau matahari bernama Stereo yang dilancarkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) Amerika Syarikat.
"Kedua-dua satelit itu berperanan mengumpul data untuk memahami dan meramalkan ribut matahari sebagai persediaan awal jika ia berlaku," ujarnya.
Shahrin menambah, memang wujud kebimbangan bahawa ribut matahari kemungkinan menjejaskan struktur asid deoksiribonukleik (DNA) manusia namun beliau berpendapat perubahan DNA itu lebih disebabkan oleh kesan rumah hijau dan pelepasan gas beracun radioaktif.
"Makanan, radioaktif dan bahan kimia yang meresapi tubuh boleh mengganggu sistem tubuh tetapi ia tiada kaitan secara langsung dengan fenomena ribut matahari," tegasnya.
NASA sebelum ini meramalkan ribut matahari akan kerap berlaku sepanjang tahun 2012 dan 2013.
Ini mengakibatkan saintis Amerika Syarikat (AS) mengandaikan impak kerosakan akibat ribut matahari pada tahun 2012 lebih dahsyat berbanding Taufan Katrina yang melanda AS pada tahun 2005 dan mengorbankan 1,800 orang.
"Puncak kerisauan sebenar ialah gangguan ke atas kehidupan sosial yang bergantung pada teknologi seperti GPS dan komunikasi satelit," kata ahli fizik NASA, Lika Guhathakurta.
Seorang lagi pegawai NASA, Michael Kaiser menambah, matahari mencetuskan ribut solar sejak berbilion tahun dahulu tetapi hanya pada akhir-akhir ini ramai yang mengambil berat isu tersebut.
TANAH tandus adalah akibat fenomena pemanasan global dan bukan kerana ribut matahari.


"Ribut elektromagnet matahari boleh menjejaskan sistem tenaga elektrik selain membahayakan angkasawan.
"Pertambahan tenaga magnetik dalam atmosfera dijangka mengeluarkan radiasi yang mampu menyebabkan kuasa janakuasa elektrik meningkat mendadak," katanya.
Ujarnya lagi, kali terakhir pancaran matahari meletus adalah pada tahun 1859 hingga menyebabkan dua pertiga daripada ruang angkasa bumi bertukar menjadi warna merah.
Dijangkakan, peristiwa itu dapat dilihat sekali lagi dengan beberapa bandar utama seperti London, Paris dan New York mengalami ribut awan pada 2012 atau 2013.
Pakar astronomi dari Indonesia, Hakim L Malasan pula berpendapat, fenomena ribut matahari tidak berhubung kait dengan kiamat. Seorang lagi pakar, Thomas Djamaluddin, mengatakan kiamat mungkin berlaku lima juta tahun lagi.
"Matahari akan menjadi bintang raksasa merah dan menelan planet terdekat, Utarid, Zuhrah dan mungkin bumi," jelasnya.
Hidrogen
Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Vienna, Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman berpendapat, bidang astrofizik tidak dapat menentukan hari kiamat selagi tiada perubahan pada matahari.
"Ahli fizik memang percaya bahawa alam semesta akan berakhir tetapi sama ada pada 2012 atau 10 juta tahun dari sekarang mahupun 10 bilion tahun lagi, ia terpulang kepada teori yang kita ada.
"Dari segi fizik, jika matahari sudah kehabisan hidrogen, ia akan berkembang menjadi bintang lain. Ketika itu kehidupan di bumi akan mengalami perubahan dan kejadian tersebut boleh dikatakan sebagai tanda kiamat.

RIBUT matahari tidak akan memusnahkan bumi sebaliknya merosakkan sistem radar dan satelit.



"Ini kerana apabila matahari tiada lagi tenaga, manusia tidak boleh hidup dan akan berlaku banyak kejadian alam yang boleh mencetuskan pengakhiran dunia," katanya.
Menurut Pegawai Sains, Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Mohd. Zamri Shah Mastor, bumi juga boleh hancur menerusi hentaman objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid.
"Tetapi kita bernasib baik disebabkan bumi memiliki lapisan atmosfera. Lapisan itu menyebabkan komet dan asteroid yang cuba menerjah atmosfera bumi akan termusnah terlebih dahulu.
"Sebenarnya terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam bumi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Rencana%5FUtama&pg=ru_01.htm#ixzz2Ffk98IuO
Hakcipta terpelihara dari kosmo.

Monday, December 17, 2012

21.12.2012 kiamat?

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakuhahlanwasahlan ya jazillan..

3,4 hari ni kecoh dgn hari kiamat nak dekat, dan mereka kata kiamat pada 21.12.2012. tadi saya p beli nasi lemak kt kwsn rumah pun, ada pelanggan dan makcik menjual tu tgh ckp2 psl tarikh ni.

Ada yang cakap 21hb ni akan jadi tsunami besar lah, 21hb ni adalah pengakhiran bumi lah, segala gunung ganang akan mencair lah, etc, etc, etc. Saya bukannya apa, saya cuma ingin tegaskan di sini kiamat itu adalah rahsia Allah, hanya Dia saja yang tahu bila ianya akan terjadi.

Jika betul tsunami akan berlaku 21hb ini, kita mmg sudah sedia maklum bahawa di zaman era berteknologi tinggi ini boleh meramal tsunami yang bakal berlaku berdasarkan tanda2 nya.

Jadi, apa-apa pun kita sebagai manusia tidak perlu terlalu taksub dgn ini semua, apa yang penting adalah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, menambahkan amalan, dan meningkatkan lg keimanan dan ketaqwaan kpd Allah SWT. kan?

Semoga kita semua dpt melakukanya dgn penuh iklas dan tawaduk. amin.

kiamat adalah rahsia Allah...

Wednesday, December 12, 2012

JADI PENGAPIT KAWEN LAMBAT? Uh?

ASSALAMMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARAKATUH AHLAN WASAHLAN YA JAZILLAN..
First of all, sy nk ucapkan selamat hari khamis pd semua! Esok jumaat! Esoknye lg sbtu, cuti! Yay! Opss..telebih suda..hehe…
Dan, pada hari berikutnye, adalah hari ahad, hari bahagia bestfrend sy… die nk kawen dgn llaki pilihan die, yg juga merupakan kawan sy, yelah, bercinta dr zaman sekolah lg.. ok, back to main topic, pasal pengapit, kwn baik sy ni nak sy jadi pengapit beliau pd hari bersejarahnye nt… actlly, da 3 org kwn baik sy nak sy jd pengapit, tp disebabkan oleh agk terpengaruh dgn ckp org, dmna jd pengapit kawen lmbt, so sy xnak jd pngapit utk kawan sy yg sdh pun melangsungkan perkahwinannya bulan lps. Bile pk2 balik, Ya Allah, berdosanya sy krn xyakin dgn ketentuan Allah.




Yelah kan sebagaimana yang kita sedia maklum, ajal maut, jodoh pertemuan semua dah ditetapkan oleh Allah.. ape yg kita perlu lakukan adalah percaya pada Qada’ dan Qadar, itu yang utama. Soal jodoh awal atau lambat, bukan terletak pada jd pengapit pengantin. Aduhai, apalah mentaliliti kita kan.


Apa kena mengena jadi pengapit dgn kawen lmbat? Apa connection dia? Klo dipikir dek logic akal, mmg sgt2 xlogik lah mende tu sume… ntah dari mana la isu ni boleh timbul kan.. mungkin ini semua satu kebetulan kan... so lepas pkirkan semua ni, sy pun terima la pelawaan kwn baik sy ni utk jd pegapit beliau pd hari sabtu ni,..hehe…
Ape2 pun semoga majlis ini nnt akn berjalan dgn lancar. Semoga kwn sy ini bahagia hingga ke hujung nyawa. Amin.


Thursday, December 6, 2012

kelebihan hari jumaat


assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuhahlanwasahlan...
hari ni hari jumaat, hari yang penih dgn keberkatan... banyak kelebihan-kelebihan hari jumaat.

1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:

“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
semoga kita dapat memanfaati dengan sebaik baiknya penghulu segala hari ini. amin.

they are my inspiration..



Alhamdulillah, sejuk je mata memandang mereka yang telah berhijrah dari tidak bertudung, ke bertudung, malah hijrah mereka adalah hijrah yang ikhlas, tiada paksaan, ataupun mengikut trend semasa. Diana Amir, Heliza, Yat Hamzah adalah inspirasi saya.. cara pemakaian mereka juga cukup sempurna di mata saya, tambahan lagi Diana Amir, betul2 jaga auratnya sekarang.. tidak dilupakan juga pada Irma Hasmie yang bertambah manis sejak berhijrah.. cute gitu.. :)







best kan tgk gambar diorg mengerjakan umrah... Alhamdulillah... Saya berdoa agar saya juga akan menjadi tetamu Allah..begitu juga anda.. Amin..

How can we manage stress?


If we think about the causes of stress, the nature of the stress response, and the negative effects of some types of stress (prolonged, unexpected, or unmanageable stress), several healthy management strategies become clear. An important step in stress management is exercise. Since the stress response prepares us to fight or flee, our bodies are primed for action. Unfortunately, however, we usually handle our stresses while sitting at our desk, standing at the watercooler, or behind the wheel stuck in traffic. Exercise on a regular basis helps to turn down the production of stress hormones and associated neurochemicals. Thus, exercise can help avoid the damage to our health that prolonged stress can cause. In fact, studies have found that exercise is a potent antidepressant, anxiolytic (combats anxiety), and sleeping aid for many people.
For centuries in Eastern religious traditions, the benefits of meditation and other relaxation techniques have been well known. Now, Western medicine and psychology have rediscovered that particular wisdom, translated it into simple nonspiritual methods and scientifically verified its effectiveness. Thus, one or two 20-30 minute meditation sessions a day can have lasting beneficial effects on health. Indeed, advanced meditators can even significantly control their blood pressure and heart rate as well.
Elimination of drug use and no more than moderate alcohol use are important for the successful management of stress. We know that people, when stressed, seek these outlets, but we also know that many of these substances sensitize (make even more responsive) the stress response. As a result, small problems produce big surges of stress chemicals. What's more, these attempts with drugs and alcohol to mask stress often prevent the person from facing the problem directly. Consequently, they are not able to develop effective ways to cope with or eliminate the stress.
In fact, even prescription drugs for anxiety, such as diazepam (Valium), lorazepam (Ativan), or alprazolam (Xanax), can be counterproductive in the same way. Therefore, these medications should only be used cautiously under the strict guidance of a physician. If, however, stress produces a full-blown psychiatric problem, like posttraumatic stress disorder (PTSD), clinical depression, or anxiety disorders, then psychotropic medications, particularly the selective serotonin reuptake inhibitors (SSRIs), are extremely useful. Examples of SSRIs include sertraline (Zoloft), paroxetine (Paxil), or fluoxetine (Prozac).
We know that chronic or uninterrupted stress is very harmful. It is important, therefore, to take breaks and decompress. Take a lunch break and don't talk about work. Take a walk instead of a coffee break. Use weekends to relax, and don't schedule so many events that Monday morning will seem like a relief. Learn your stress signals. Take regular vacations or even long weekends or mental-health days at intervals that you have learned are right for you.
Create predictability in your work and home life as much as possible. Structure and routine in your life can't prevent the unexpected from happening. However, they can provide a comfortable framework from which to respond to the unexpected. Think ahead and try to anticipate the varieties of possibilities, good and bad, that may become realities at work or home. Generate scenarios and response plans. You may find that the "unexpected" really doesn't always come out of the blue. With this kind of preparation, you can turn stress into a positive force to work for your growth and change.
For those who may need help dealing with stress, stress-management counseling in the form of individual or group therapy is offered by various mental-health-care providers. Stress counseling and group discussion therapy have proven to reduce stress symptoms and improve overall health and attitude.
Reviewed by Jay W. Marks, MD on 2/17/2011




Tuesday, December 4, 2012

Menyesali perbuatan yang lalu..

Hidup ini seperti roda, ada kalanya kita berada di atas, dan ada kalanya kita berada di bawah. Hidup manusia ini juga tidak akan lari dari melakukan kesalahan dan juga kesilapan. Biasalah manusia mana ada yang sempurna. Dan tiada manusia yang bersifat maksum.

Walau seseorang manusia melakukan kesilapan yang besar sekalipun, jangan lah terus menghukum mereka dengan hukuman manusia. Dengan mengherdik, mencaci, memaki hamun mereka yang telah bertaubat di jalan Allah. Itu bukan jalan penyelesaiannya, orang yang mengherdik itu kelihatan lebih berdosa kerana menghukum orang yang telah bertaubat dengan hukuman mereka sendiri.

Ini sangat tidak adil. Percayalah, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan kesilapan yang pernah dilakukan, melalui kesilapan itulah juga seseorang manusia itu dapat lebih mengenali dunia dengan lebih dekat lagi. Tapi apa yang penting, menyesali dengan setiap perbuatan buruk yang pernah dilakukan tanpa pernah jemu untuk meminta keampunan dari Yang Maha Esa juga adalah yang utama. Seperti yang kita sedia maklum, pengalaman lalu mematangkan kita, menjadikan kita menjadi lebih dewasa. Berusahalah untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Mengharapkan keredhaan Allah s.w.t perlu selari dengan melakukan amalan-amalan yang disuruh oleh Allah, bukan sekadar mengharap, tetapi tetap daif dalam melakukan amal ibadat. Dan apa yang penting adalah meninggalkan apa yang dilarang-Nya.

Percayalah, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Bersungguhlah dalam meminta keampunan dari-Nya. Bertaubatlah bersungguh-sungguh, dengan niat untuk tidak sekali-kali mengulangi dosa-dosa yang pernah dilakukan, semoga taubat kita diterima. Amin.
Ayuhlah kawan-kawan, mari kita mendekatkan diri pada yang Maha Esa. Semoga hidup kita penuh dengan Barakah. Amin ya Rabbal alamin. Ahlan Wasahlan Ya Jazilan.