Monday, December 17, 2012

21.12.2012 kiamat?

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakuhahlanwasahlan ya jazillan..

3,4 hari ni kecoh dgn hari kiamat nak dekat, dan mereka kata kiamat pada 21.12.2012. tadi saya p beli nasi lemak kt kwsn rumah pun, ada pelanggan dan makcik menjual tu tgh ckp2 psl tarikh ni.

Ada yang cakap 21hb ni akan jadi tsunami besar lah, 21hb ni adalah pengakhiran bumi lah, segala gunung ganang akan mencair lah, etc, etc, etc. Saya bukannya apa, saya cuma ingin tegaskan di sini kiamat itu adalah rahsia Allah, hanya Dia saja yang tahu bila ianya akan terjadi.

Jika betul tsunami akan berlaku 21hb ini, kita mmg sudah sedia maklum bahawa di zaman era berteknologi tinggi ini boleh meramal tsunami yang bakal berlaku berdasarkan tanda2 nya.

Jadi, apa-apa pun kita sebagai manusia tidak perlu terlalu taksub dgn ini semua, apa yang penting adalah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri, menambahkan amalan, dan meningkatkan lg keimanan dan ketaqwaan kpd Allah SWT. kan?

Semoga kita semua dpt melakukanya dgn penuh iklas dan tawaduk. amin.

kiamat adalah rahsia Allah...

No comments:

Post a Comment